Mudah Dicari, Susah Memiliki

Assalamualaikum..

Kali ni I nak cerita pasal SAHABAT. Perkataan ni selalu kita dengarkan. Tapi ia susah ditafsirkan. Kenapa I cakap macam ni. Sebab sahabat ni kita mudah cari, Memiliki dan mengekalkan persahabatan begitu sukar. Nak kekalkan Persahabatan tak semudah apa yang kita katakan dimulut.

Kadang-kadang dalam persahabatan juga laaa akan berlaku pergaduhan, ia berpunca dari salah faham kecil sehingga menjadi PERMUSUHAN. Sekarang ni susah nak cari sahabat yang sejati. Selalu jumpa sahabat tikam belakang, jatuhkan sahabat sendiri. dan macam-macam lagi la. 

Zaman persekolahan laaa kita dapat jumpa kawan. Meningkat ke alam universiti kita kenal erti Persahabatan sebenar. Iyaaaa, masa ni laaa kita kenal mana satu sahabat dan mana satu kawan.


Ada perbezaan tau KAWAN & SAHABAT. 

ERTI SAHABAT:-

~Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. 
~Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya.  
~Sahabat juga bagi I seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi I nilai seorang sahabat susah untuk dicari.  Sahabat umpama 1000 orang kawan.

ERTI KAWAN :-

Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan. Kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan., tapi bila kita sedih dan terluka. Kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan.

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN, TAK semua rakan boleh jadi TEMAN, TAK semua teman boleh jadi SAHABAT, jadi kalau anda punya SAHABAT, 

Jika korang dalam kategori sahabat,  Alangkah beruntungnya I menjadi sahabat korang,  Beruntung nya I mendapat nasihat yang berguna dari korang, Maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik, Sahabat yang bersahabat kerana Allah,  Sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan , Contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SAW.. Itulah yang dinamakan SAHABAT.



SALAM SAYANG DARI SAHABATMU SALSABILAHKHAZALI







Comments

Popular Posts